Lilypie Kids birthday Ticker

Tuesday 30 June 2009

Birthday Part 2


3 musketeers...Farhan, Kakak Nurin and Abg Nurhan, tu la pyjama besday present semalam


Farhan excited sgt...terlompat2 nak pakai pyjama tu

Happy Birthdayto ME

Semalam birthday Farhan...29 June. Petang semalam, Aunty Nita, Uncle Azli, Kakak Nurin n Abg Nurhan buat surprise. Masa tu, Farhan baru balik dari redditch melawat nenek Siti. Bila kuar dari keta je, dorang nyanyi happy birthday kat Farhan. Punya la kuat. Orang yg lalu kat jalan tu pun senyum2 jee...Farhan dapat hadiah...excited sgt. Nanti Farhan letak gambar.

Wednesday 24 June 2009

I am bored


Takde apa yang menarik nak cerita kat sini. Farhan dok rumah je, bosan la. Dah summer ni, cuaca pun cerah je. Tapi tengok kot tingkap je. Paling2 pun setakat g hantar mama je. Bila nak g jalan2 ni...

Friday 19 June 2009

Abah@health

Last Tuesday, Farhan teman abah pegi spital..follow up check up. Dr review sket psl tumor yg buang ari tu. Ada cancer cell, about 12mm in diameter. Jadinya, abah kena masuk wad balik untuk radioactive iodine. Bila tu blm tau lagi. Tapi kali ni sesapa pun takleh melawat abah sbb radioactive radiation.. Kena kuarantin 4 hari. Sementara tu, Dr tukar ubat abah. Dari T4 pegi T3. Dua minggu sblm masuk wad nanti, abah kena stop mkn ubat. Masa tu Dr kata abah akan letih la, takde supplement. Kena rehat je la 2 minggu tu.
Suara abah pun belum recover. Dr masukkan kamera tgk. Sebelah vocal cord tu tak function betul. Dia suggest abah pegi speech therapy utk cepatkan proses pemulihan suara abah. Kalo tak kena tunggu lagi lama nak betul pulih balik.

Thursday 4 June 2009

@Birmingham Airport





Hari ni Farhan pegi hantar tok ngan wan balik Malaysia

Wednesday 3 June 2009

@Warwick Castle



@Canon Hill Park, Birmingham




@Albert Dock Liverpool

Albert Dock ni dulu2 pelabuhan besar la. Ramai org yg migrate thru pelabuhan ni. Sesapa suka kesah Titanic, bole la dtg sini. Ada muzium Maritime, free entrance. Pumphouse pun masuk free juga. So, bayar parking je.







@London

Aksi Farhan atas katil kat travelodge Barking

Stadium Wembley

London eye
Dalam keretaTeropong matahari kat Greenwich

Weekend lepas Farhan pegi London. Abah book travelodge kat Barking. Tragis sungguh cari travlodge ni. Rupanye takde dlm tomtom. Lama kami pusing. Alih2 kat tepi balai polis Barking.

Tuesday 2 June 2009

Farhan

Farhan dah bole jalan...tapi kena la pegang walker ni..heheh

Ni muka Farhan bila dia tak puas hati

Farhan gigit jari atas sofa

Dah penat...tidur la

Farhan @ park

Farhan dah pandai main buai kat park.


Saturday 23 May 2009

Blackpool and Lake District

Farhan pun dah taktau nak update apa kat sini.

Ingat tak hari tu Farhan ada janji nk letak gambar pegi Lake District. Ni la gambarnye. Ada tiga je. Tak larat dah Farhan nak upload. Farhan mmg busy skrg ni.


Kat tepi lake


Lake view



Ni kat Blackpool. Nampak tak ekor ikan gergasi kat belakang tu. Ngeriii

Wednesday 13 May 2009

Abah

After 10 days, abah dibenarkan balik rumah ahri sabtu lepas. Dah boleh makan minum. Tapi abah takde suara. Sampai hari ni ramai lagi kawan2 abah datang melawat.

Thursday 7 May 2009

Hari ke-8, Queen Elizabeth Hospital.

Hari ni hari ke-8 abah kat hospital. Nampak macam dah OK. Besok doktor nak scan. Kalau semuanya dah OK, maybe abah dah bole balik besok. Dia pun agaknya dah bosan kat hospital tu. Abah kata pagi tadi orang yang dok sebelah katil dia dah takde. Dah meninggal agaknya. Tu orang ke-4 jadi jiran katil abah. So, hari ni abah dok bilik tu sorang-sorang la. Sian, abah kata dia dah lapar. Dah 8 hari tak makan. Jalan asik bawa tiang drip water tu. Dah macam ala cerita pendekar bujang lapuk je. Tengah hari tadi Tok ngan Wan sampai sini. Dah pi melawat abah dah tadi.

Saturday 2 May 2009

Hari ke 3

Hari ni hari ke-3. Semalam abah dah ok sikit. Doktor dah buka satu drain tube kat leher abah. Tinggal yang sebelah kanan je. Luka kat leher pun nampak ok. Panjang juga cut tu, rasanye ada 15 cm. Doktor kata dia terpaksa tebuk sikit esofagus sebab tumor tu dah besar dan attached ke situ. So, tak boleh makan n minum. Semalam, nurse dah bagi abah minum. Makan masuk ikut tube. Tu pun cuma liquid fibre yang dietician provide.

Friday 1 May 2009

Abah

Hari ni hari ke-2 abah kat hospital. Doktor kata kena stay sampai 7 hari.

Saturday 25 April 2009

Farhan ketawa

Friday 24 April 2009

Self Catering Caravan Holidays

Kali ni Farhan nak cerita pasal self catering holiday, caravan. Maklum la Farhan baru balik caravan holiday kat cornwall. Masa lalu kat Pentewan ada satu caravan site betul2 tepi pantai, n pantai tu private, utk org caravan situ je. Cantik sungguh pantai tu n bole spot sunrise. Kawan-kawan bole tengok web caravan holiday yang glamer macam Parkdean or Haven or Hendra (Cornwall shj). Bole book online and choose 3, 4 or 7 nights holiday. Bole juga search private caravan. Yang private ni diorang own holidays home kat caravan site. So diorang sewakan. Kena contact and deal directly dengan owner through phone call or email.Tak tahulah bole bargain ke tidak.

Masa nak book tu, kena la check apa facilities yang ada. Ada yang provide bed linen, ada yang tak. Ada yang central heating, ada yang tak (masa snow kat norfolk, heater tadak dlm bilik..huhu...eh masa tu Farhan dalam perut mama). Gas and electricity, free ke tidak. Pet free??Smoke free??TV??..haa..check la dulu. Biasanye yang besar size 12ft x 36or37ft. Yang biasa saiz 10ftx36ft. Bole choose nak 1,2 or 3 bedroom. Ada dapur bole masak, ada fridge, ada pinggan mangkuk n tea service set. So, bole bawa bekalan utk masak2 la. Dah kenyang baru senang hati nak jalan2.


Bila sampai ke caravan site n nak ambik kunci, kat situ mesti byk brochure tmpat2 menarik utk visit. So, ambik la n study utk jalan2 kawasan sekitar. Ni mesti buat, baru la tak telepas tmpat yg menarik (terlepas Minack Theatre yang cantik). Pastu dapat tiket free ikut party dlm caravan utk masuk tempat play or pool kat caravan park. Kalo book utk 8 party, dapat la 8 tiket.

Kat bawah ni Farhan letak gambar caravan holiday koleksi abah. Yang kat scotland tu Farhan blm ada. Kat norfolk, Farhan dalam perut mama. Kat Cornwall, Farhan dah 9 bulan.



Haven Holidays, Great Yarmouth, Norfolk
; £219 for 3 nights (Easter 2008)




Private holiday home, Caravan site, Jedburgh, Scotland; £100 for 2 nights (May 2007)




Parkdean Holidays, Newquay, Cornwall; £202 for 3 nights (Easter 2009)



Saturday 18 April 2009

Cornwall visit



Easter break tahun ni Farhan pegi Cornwall, South Country, UK. 3 nights 4 days kat Parkdean Holiday Park, Newquay. Hari pertama , singgah Clark's village masa on the way ke caravan. Clark's village ni kat Somerset. Apa lagi, depa nak shopping la, factory outlet. Siap piknik kat car park. Malam tu BBQ kat caravan. Besoknya pegi St. Ives (meet the man with eight wives..hihi..betul ke ni). Then pegi Land's End. Next day kami pi piknik kat Fristal Beach, Newquay. Banyak org surfing. Budak2 buat sand castle je la. Petang tu pegi Megavissy. Besoknye, balik, on the way singgal Plymouth.

Farhan main air kat FistralBeach



Kat Fristal Beach lagi



Land's End


Land's End lagi

Land's End lagi


St. Ives


Plymouth